Thursday, April 21, 2016

PERASMIAN i-KELAS SK. BUKIT JEJULONG

Pada tanggal 21 April 2016 telah berlangsungnya majlis perasmian i-Kelas SK. Bukit Jejulong yang telah disempurnakan oleh YB A.Latiff bin Awang PJC.,PJK., iaitu Pengerusi Jawatankuasa Transformasi , Kerajaan Komunikasi dan Multimedia Negeri , merangkap ADUN Pengkalan Berangan, Ketua UMNO Bahagian Marang.
majlis perasmian.

Majlis perasmian ini juga telah dihadiri oleh Ketua Sektor Jaminan dan Kualiti YM. Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor,  CEO Top It Sdn. Bhd. iaitu YM Syed Anas bin Syed Omar, Pegawai-pegawai dari BTPN Terengganu dan para ibu bapa.

SEDIKIT PENGENALAN TENTANG i-KELAS
Pendidikan Abad 21 menuntut murid-murid agar lebih berdaya saing di peringklat global. Pendidikan tanpa sempadan menjadikan keperluan teknologi maklumat amat diperlukan di peringkat sekolah rendah lagi. Tanpa teknologi malumat yang berkesan dan terkini, murid-murid akan ketinggalan di dalam mengejar arus permodenan pendidikan di alaf 21 ini.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif ke hadapan dengan mewujudkan kelas yang berteraskan penggunaan teknologi maklumat di sekolah rendah .

Kelas yang dikenali sebagai i-Kelas ini telah dibekalkan dengan beberapa peralatan teknologi maklumat yang terkini seperti "Magnetic White Board", "projector", "router", "tablet", "charging cart", "Meja", "kerusi", dan beberapa peralatan lagi bagi melengkapi kelas tersebut.




Pohon sireh pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Kekal cemerlang sepanjang zaman.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis

"Perasmian i-Kelas SK. Bukit Jejulong 2016".