Monday, May 16, 2016

SAMBUTAN HARI GURU SK. BUKIT JEJULONG 2016

Dengan tema sambutan "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" pada tahun ini sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan dengan begitu meriah. Dimulakan dengan ucapan Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri oleh GPK Ko, Cg. Zayufi Hairil , bacaan PErutusan Menteri Pelajaran oleh GPK HEM, Cg. Rozlan Awang, diikuti oleh ucapan GPKP Cg. Abd.Aziz Andot dan diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema " Guru Pembina Negara Bangsa"..
        Selepas waktu rehat diadakan pula acara sukaneka oleh guru-guru SKBJ yang berlangsung dengan begitu meriahnya. Semoga sambutan Hari Guru pada tahun ini memberi lebih semangat dan iltizam buat semua warga guru SKBJ untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak didik SKBJ. Selamat menyambut Hari Guru buat semua guru SKBJ 2016.