Wednesday, November 30, 2016

MAJLIS PERSARAAN USTAZ MOKHTAR BIN MAMAT

Selamat bersara buat Ustaz Mokhtar bin Mamat..Semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik di masa-masa akan datang.. Insha Allah.. amiin....Terima kasih tidak terhingga buat Ustaz sepanjang menabur khidmat bakti di sini, menjadi contoh terbaik buat semua warga SK Bukit Jejulong ...Semoga segala nasihat dan bakti yang diberikan akan menjadi pendorong untuk semua warga SKBJ untuk meneruskan bakti di tahun-tahun akan datang...



















Sunday, September 18, 2016

KEM BRIGED BESTARI iKELAS TERENGGANU

Thniah diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat sepanjang kursus selama 5 hari bermula 18 - 22 Sepetember di BTPN Terengganu... Tahniah sekali lagi buat semua guru dan murid yang telah memberikan komitmen yang hebat sepanjang kursus berjalan..

Murid yang terlibat:
1- Tasnim binti Ibrahim ( 5 Ibnu Sina )
2- Amin Solahuddin bin Muslin  ( 4 Ibnu Sina )
3- Wan Muhammad Syahir Aiman bin Wan Ruslan  ( 4 Ibnu Sina )
4- Tuan Nurul Iman bin Tuan Azam  ( 4 Ibnu Sina )
5- Eisya Nurfaqihah binti Abd. Aziz  ( 4 Ibnu Sina )

Guru yang terlibat :
1- Cg. Norhafiza binti Hanafi ( Guru penyelaras i-Kelas )
2- Cg. Norma binti Yusoff
3- Cg. Maiza binti Mohd@Zakaria
4- Cg. Zatipah binti Mohd Yusuff
5- Cg. Mazura binti Abdullah
 
























Wednesday, August 3, 2016

MAJLIS JASAMU DIKENANG CG. ROZLAN BIN AWANG MANTAN PK HEM SK.BUKIT JEJULONG

Genap setahun Cg . Rozlan berkhidmat di SK. Bukit Jejulong sebagai PK HEM, dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran di SK. Gong Balai bermula Jun 2016..
Terasa kehilangan seorang guru dan seorang pentadbir yang baik hati, lemah lembut dan penyayang..
Semoga ikatan ukhwah bersama berkekalan hingga akhir hayat.. Kami warga SKBJ mendoakan yang terbaik buat Cg. Rozlan sebagai PK Pentadbiran di sana...





Monday, May 16, 2016

SAMBUTAN HARI GURU SK. BUKIT JEJULONG 2016

Dengan tema sambutan "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" pada tahun ini sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan dengan begitu meriah. Dimulakan dengan ucapan Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri oleh GPK Ko, Cg. Zayufi Hairil , bacaan PErutusan Menteri Pelajaran oleh GPK HEM, Cg. Rozlan Awang, diikuti oleh ucapan GPKP Cg. Abd.Aziz Andot dan diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema " Guru Pembina Negara Bangsa"..
        Selepas waktu rehat diadakan pula acara sukaneka oleh guru-guru SKBJ yang berlangsung dengan begitu meriahnya. Semoga sambutan Hari Guru pada tahun ini memberi lebih semangat dan iltizam buat semua warga guru SKBJ untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak didik SKBJ. Selamat menyambut Hari Guru buat semua guru SKBJ 2016.

Thursday, April 21, 2016

PERASMIAN i-KELAS SK. BUKIT JEJULONG

Pada tanggal 21 April 2016 telah berlangsungnya majlis perasmian i-Kelas SK. Bukit Jejulong yang telah disempurnakan oleh YB A.Latiff bin Awang PJC.,PJK., iaitu Pengerusi Jawatankuasa Transformasi , Kerajaan Komunikasi dan Multimedia Negeri , merangkap ADUN Pengkalan Berangan, Ketua UMNO Bahagian Marang.
majlis perasmian.

Majlis perasmian ini juga telah dihadiri oleh Ketua Sektor Jaminan dan Kualiti YM. Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor,  CEO Top It Sdn. Bhd. iaitu YM Syed Anas bin Syed Omar, Pegawai-pegawai dari BTPN Terengganu dan para ibu bapa.

SEDIKIT PENGENALAN TENTANG i-KELAS
Pendidikan Abad 21 menuntut murid-murid agar lebih berdaya saing di peringklat global. Pendidikan tanpa sempadan menjadikan keperluan teknologi maklumat amat diperlukan di peringkat sekolah rendah lagi. Tanpa teknologi malumat yang berkesan dan terkini, murid-murid akan ketinggalan di dalam mengejar arus permodenan pendidikan di alaf 21 ini.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif ke hadapan dengan mewujudkan kelas yang berteraskan penggunaan teknologi maklumat di sekolah rendah .

Kelas yang dikenali sebagai i-Kelas ini telah dibekalkan dengan beberapa peralatan teknologi maklumat yang terkini seperti "Magnetic White Board", "projector", "router", "tablet", "charging cart", "Meja", "kerusi", dan beberapa peralatan lagi bagi melengkapi kelas tersebut.




Pohon sireh pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Kekal cemerlang sepanjang zaman.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis

"Perasmian i-Kelas SK. Bukit Jejulong 2016".