Monday, July 6, 2015

IFTAR RAMADHAN SK. BUKIT JEJULONG 1436H

Pada 6 Julai 2015 telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama warga SKBJ bersama keluarga masing-masing . Majlis turut menjemput AJK PIBG SKBJ dan Pegawai Pelajaran Daerah Marang termasuk semua guru-guru KAFA untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ini. Majlis ini diadakan di Dewan Al-Bukhari bermula dengan bacaan tahlil . Tepat jam 7.26 petang azan berkumandang menandakan waktu berbuka puasa.
Alhamdulillah majlis berbuka puasa berjalan dengan jayanya dalam keadaan yang sungguh meriah dengan kehadiran seluruh ahli keluarga warga SKBJ.. Terima Kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang sudi hadir ke Majlis ini.. Panjang umur kita bertemu lagi di majlis akan datang..