Monday, May 18, 2015

SAMBUTAN HARI GURU SK. BUKIT JEJULONG 2015

Tarikh keramat untuk para guru disambut saban tahun pada 16 Mei yang meraikan dan menghargai jasa-jasa guru. "GURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK" adalah tema sambutan Hari Guru pada tahun ini. Antara objektif sambutan Hari Guru peringkat sekolah SK. Bukit Jejulong 2015 adalah 1- untuk menghargai dan memperingati sumbangan guru-guru dalam sektor                                              pendidikan.
                                   2-untuk meningkatkan kualiti dan motivasi guru-guru dalam melahirkan bangsa                                       yang cemerlang.
                                   3-untuk mengeratkan hubungan silaturrahim guru sesama guru dan guru sesama                                       murid.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ramli bin Mohamad, Pegawai Pembangunan Kemanusiaan , Pejabat Pendidikan Daerah Marang.
Antara acara yang diadakn pada sambutan Hari Guru tahun ini ialah aktiviti sukaneka seperti rebut kerusi, tiup gula-gula dalam tepung, belon air, aiskrim goncang dan cari harta karun.
Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Sambutan Hari Guru peringkat sekolah SKBJ 2015.