Sunday, November 9, 2014

TAHNIAH CG. ROKIAH BT JUSOH....

Sekalung ucapan tahniah buat Cg. Rokiah bt Jusoh di atas kenaikan pangkat sebagai PK KO di SK. Simpang Rawai bermula 1 November 2014.. Selamat Maju Jaya dan Selamat Bertugas di tempat baru dalam suasana yang baru .. Terima kasih di atas segala budi dan khidmat yang ditabur selama berkhidmat di SK. Bukit Jejulong selama lebih kurang 12 tahun. Segala jasamu akan dikenang sepanjang hayat kami.





Sebahagian hadiah untuk Cg. Rokiah dari warga SKBJ 2014.



KARNIVAL KOKURIKULUM SKBJ 2014

Karnival ini berlangsung dari 9 - 11 November 2014, bertempat di SKBJ . Majlis perasmian minggu kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKBJ, Tn. Hj. Hussin Bin Mat. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang 3 hari karnival ialah :
Hari Ahad 
Pertandingan mendeklamasikan sajak antara persatuan
Mewarna poster Tahap 1
 Melukis poster Tahap 2

Hari Isnin
Pertandingan permainan antara kelab (saringan)
Pertandingan karom dan congkak (saringan)
Pertandingan permainan antara kelab permainan (akhir)
Pertandingan karom dan congkak (akhir)

Hari Selasa
Pertandingan Kawad Kaki antara Unit Uniform.
Majlis Penyampaian Hadiah
Penyampaian Anugerah Kokurikulum
Majlis Penutup.

Objektif Hari Kokurikulum :
1- Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform.
2- Melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
3-Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.
4- Menjadikan murid-murid sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas yang diberikan.