Wednesday, September 3, 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014

Majlis yang berlangsung di Dataran Al-Falah SKBJ bertemakan
MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.
Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan "Permainan Tradisional & Rakyat" iaitu Permainan Tudung Botol, Permainan Ketingting, Permainan Congkak, Permainan Tiup Getah, Permainan Sepak Bulu Ayam, Permainan Galah Panjang, Permainan Batu Seremban dan Permainan Tungku Kaki Tiga.

Demonstrasi Taekwando turut diadakan pada jam 10.45 pagi disusuli dengan lagu-lagu patriotik bersama kibaran Jalur Gemilang.