Thursday, June 26, 2014

PELANCARAN IHYA RAMADHAN 2014

Bertempat di Dataran Al-Falah SKBJ, telah berlangsungnya pelancaran Ihya Ramadhan 2014 peringkat SKBJ yang bertemakan "Ramadhan Di Hatiku". Program ini anjuran bersama Panitia Agama Islam Dan Persatuan Agama Islam dan dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKBJ iaitu Cg. Yusof Bin Alias.
Pada jam 10.45 pagi berlangsungnya acara dewan iaitu ceramah Ihya Ramadhan oleh Ustaz Shahrul Bin Mohd dan acara kuiz. Terima kasih kepada semua warga SKBJ yang telah menjayakan pelancaran Ihya Ramadhan 2014.