Tuesday, April 8, 2014

KURSUS VLE FROG BERSAMA IBU BAPA PELAJAR SKBJ

Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri kursus VLE Frog yang bertempat di Makmal Komputer SKBJ pada 8 April 2014. 
Pengisian kursus :
Pengenalan kepada VLE Frog.
Cara-cara login VLE Frog menggunakan id ibu-bapa dan mengemaskini maklumat ibu-bapa yang berkaitan

KARNIVAL DAKWAH MTQ DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MARANG TAHUN 2014M

Karnival ini diadakan di SMK Tun Telanai dan disertai oleh 8 buah sekolah rendah Daerah Marang.
Tahniah pasukan Nasyid SK. Bukit Jejulong yang telah mendapat tempat ke3. Semoga di tahun-tahun akan datang pasukan Nasyid SKBJ akan mendapat tempat yang lebih baik.
Keputusan penuh:
1-SK. Bukit Sawa
2-SK. Gong Nangka
3-SK. Bukit Jejulong