Monday, March 17, 2014

KARNIVAL DAKWAH (MTQ) PERINGKAT ZON 1A SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH MARANG TAHUN 2014/1435H

PENGENALAN

Penghayatan terhadap Al-Quran sebagai kitab suci umat Islam adalah penting untuk diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan amalan. Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) merupakan aktiviti tahunan melibatkan pertandingan tilawah,hafazan dan bercerita yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Marang. Pertandingan ini melibatkan 6 buah sekolah rendah daerah Marang. Ini dibuat dalam usaha mencapai matlamat membentuk dan melahirkan insan mukmin di dalam diri pelajar Islam yang mampu menghayati Al-Quran serta mengaplikasinya dalam pelbagi aspek termasuk akidah, ibadah, akhlak, keilmuan, kepimpinan dan sebagainya. Pada tahun ini SK Batangan telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan acara-acara tersebut.


OBJEKTIF

1. Menanam minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
2. Memantapkan sebutan dan bacaan serta kemahiran dalam pengajaran tilawah Al-Quran.
3. Memperkembangkan potensi, bakat dan kebolehan pelajar dalam aktiviti keagamaan.
4. Mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.

PENGISIAN PROGRAM
1. Tilawah Al-Quran (L/P)
2. Hafazan (L/P)
3. Bercerita Kisah Daripada Al-Quran (L/P)