Wednesday, November 26, 2014

SEKALUNG TAHNIAH BUAT SEMUA CALON UPSR SKBJ 2014

Beribu-ribu tahniah buat semua calon yang telah mendapat keputusan 5A seramai 7 orang. Kepada Guru Besar SKBJ terutamanya yang telah banyak menabur segala usaha dan keringat untuk memastikan kejayaan anak-anak SKBJ dengan usaha kuat semua guru-guru Tahun 6 - Cg. Zahari Akil, Cg.Zatipah, Cg.Rokiah Jusoh, Teacher Mazura Abdullah,Cg. Wan Zulkurnain, Sir Yusni, Cg.Nora Sulaiman, pihak PIBG dan ibu-bapa . Kami semua amat bangga dengan kejayaan yang diperolehi oleh anak-anak SKBJ dalam keputusan cemerlang UPSR tahun ini.

TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT SEMUA WARGA SKBJ AMNYA GURU BESAR , TN. HJ. HUSSIN BIN MAT....


Dari kiri : Muhammad Zahin bin Ibrahim, Muhammad Syakirul Naim bin Mat Ripin, Muhammad Aiman Irfan bin Nordin, Siti Najah binti Sanek, Wan Farah Aleeya Natasha bt Mohd Azmi, Nurul Ameera Hayati binti Ab. Rahim, Nur Anisa bt Abd Wahab


Thursday, November 20, 2014

SELAMAT BERCUTI AHIR TAHUN BUAT SEMUA WARGA SKBJ 2014


Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2014 bermula 21 November 2014 hingga 3 Januari 2015 selama lebih kurang 44 hari. Di ucapkan selamat bercuti buat semua warga SKBJ 2014. Berjumpa kita di Tahun 2015 dengan semangat dan azam yang baru..

Sunday, November 9, 2014

TAHNIAH CG. ROKIAH BT JUSOH....

Sekalung ucapan tahniah buat Cg. Rokiah bt Jusoh di atas kenaikan pangkat sebagai PK KO di SK. Simpang Rawai bermula 1 November 2014.. Selamat Maju Jaya dan Selamat Bertugas di tempat baru dalam suasana yang baru .. Terima kasih di atas segala budi dan khidmat yang ditabur selama berkhidmat di SK. Bukit Jejulong selama lebih kurang 12 tahun. Segala jasamu akan dikenang sepanjang hayat kami.





Sebahagian hadiah untuk Cg. Rokiah dari warga SKBJ 2014.



KARNIVAL KOKURIKULUM SKBJ 2014

Karnival ini berlangsung dari 9 - 11 November 2014, bertempat di SKBJ . Majlis perasmian minggu kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKBJ, Tn. Hj. Hussin Bin Mat. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang 3 hari karnival ialah :
Hari Ahad 
Pertandingan mendeklamasikan sajak antara persatuan
Mewarna poster Tahap 1
 Melukis poster Tahap 2

Hari Isnin
Pertandingan permainan antara kelab (saringan)
Pertandingan karom dan congkak (saringan)
Pertandingan permainan antara kelab permainan (akhir)
Pertandingan karom dan congkak (akhir)

Hari Selasa
Pertandingan Kawad Kaki antara Unit Uniform.
Majlis Penyampaian Hadiah
Penyampaian Anugerah Kokurikulum
Majlis Penutup.

Objektif Hari Kokurikulum :
1- Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform.
2- Melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
3-Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.
4- Menjadikan murid-murid sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas yang diberikan.

Wednesday, November 5, 2014

LAWATAN ILMU KE KUALA TERENGGANU

Lawatan Ilmu Ke Kuala Terengganu adalah salah satu program Pasca UPSR 2014 yang melibatkan semua murid Tahun 6 termasuk guru-guru Tahun 6. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Kg. Cina, Pasar Payang dan Taman Tamadun Islam (TTI). Jom kita kongsi gambar-gambar menarik sepanjang sehari Lawatan Ilmu Ke Kuala Terengganu ini.



Tuesday, November 4, 2014

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Kem Membaca 1 Malaysia ini berlangsung selama 3 hari iaitu 4,5 & 6 November 2014 (selasa, rabu & khamis) bertemakan  "MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA" bertempat di Dewan SKBJ.