Monday, September 22, 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR (LASBELLA) 2014

Lawatan sambil belajar LASBELLA 2014 telah diadakan pada 22 hingga 25 September 2014 dan  disertai oleh 27 orang murid Tahun 6 dan 9 orang guru. Rombongan ini berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 5.15 pm dengan menaiki pesawat Air Asia dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.. Pada hari kedua rombongan menuju ke Bandar Bersejarah Melaka dengan melawat Taman Rama-Rama, Kota A Famosa dan Bandar Hilir. Pada sebelah malamnya rombongan menaiki Bot River Cruise .
Pada hari ketiga rombongan berada di Kuala Lumpur dengan melawat Shah Alam, Yayasan Restu dan Trid Art. Pada hari keempat, 25 hb, rombongan bertolak pulang ke Kuala Terengganu menaiki Air Asia pada jam 8.00 pm. Alhamdulillah semua peserta rombongan selamat sampai di Kuala Terengganu dengan dijemput ahli keluarga masing-masing.


1st Day





























Wednesday, September 3, 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014

Majlis yang berlangsung di Dataran Al-Falah SKBJ bertemakan
MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.
Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan "Permainan Tradisional & Rakyat" iaitu Permainan Tudung Botol, Permainan Ketingting, Permainan Congkak, Permainan Tiup Getah, Permainan Sepak Bulu Ayam, Permainan Galah Panjang, Permainan Batu Seremban dan Permainan Tungku Kaki Tiga.

Demonstrasi Taekwando turut diadakan pada jam 10.45 pagi disusuli dengan lagu-lagu patriotik bersama kibaran Jalur Gemilang.