Wednesday, January 1, 2014

Sejarah Penubuhan SKBJ

Sekolah Kebangsaan Bukit Jejulong atau ringkasnya dipanggil SKBJ telah dibina pada 15 November 1952. 
Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Sekolah Rakyat iaitu sekolah yang dibina di atas tanah kepunyaan penduduk tempatan. Ia dibina berdasarkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan penduduk setempat iaitu betapa pentingnya ilmu pengetahuan untuk dijadikan sebagai bekalan untuk generasi yang akan bakal menjelma khususnya untuk anak-anak penduduk setempat . 
Namun begitu gaji guru dibayar oleh pihak kerajaan. Buat pertama kali sekolah ini dibuka, hanya terdapat seorang guru sahaja iaitu Encik Ismail Bin Haji Osman yang mula berkhidmat pada 4 Januari 1953. Beliau merupakan guru besar yang pertama di SKBJ iaitu setelah melaporkan diri dan dilantik secara rasmi. 
Sehingga bulan Febuari 1953 hanya terdapat 3 orang tenaga pengajar sahaja dan 28 orang murid. 
Namun bagi mendidik generasi tersebut, pihak tenaga pengajar berusaha mendidik pelajar bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat. 
Walaubagaimana pun tanah tersebut telah dibeli oleh kerajaan atas desakan dan permintaan masyarakat kampung bagi membangunkan lagi sekolah tersebut. Bangunan yang baru agar dapat menampung pelajar. Pada masa sekarang SKBJ sudah membangun dan rata-rata penduduk menghantar anak-anak mereka di sekolah ini bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Terdapat seramai 29 orang guru dan 4 orang pegawai pelaksana dan termasuk pekerja swasta .
Sudah menjadi satu kemestian dan harapan semoga SKBJ akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang lebih ramai lagi pada masa yang akan datang dan melahirkan pelajar yang mampu menjulang nama baik dalam bidang akademik mahupun bukan akademik.
Insya Allah.


No comments:

Post a Comment